Johari menyambut Ailsa Terry ketika berkunjung ke pejabat Kementerian Perladangan dan Komoditi semalam.

KUALA LUMPUR – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ditawarkan Pengerusi-Bersama dalam Forest, Agriculture and Commodity Trade (FACT) Dialogue.

Tawaran itu dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Ailsa Terry ketika berkunjung ke pejabat Johari semalam,

Menurut Johari, FACT akan dihadiri oleh 30 buah negara, mewakili 75% daripada perdagangan global dalam agrikomoditi seluruh dunia untuk membincangkan apakah amalan terbaik, cabaran dan perbincangan tindakan yang realistik serta praktikal.

FACT Dialogue ini adalah dialog di antara kerajaan kepada kerajaan (G2G) untuk perbincangan dalam soal-soal deforestation (penebangan hutan), menangani krisis iklim dan biodiversiti, serta ke arah amalan guna tanah yang lebih mampan.

“Jadi di dalam FACT Dialogue di mana saya dijemput untuk menjadi Pengerusi Bersama ini akan membincangkan beberapa isu yang bersangkut paut dalam beberapa bidang utama.

“Bidang-bidang itu ialah pengeksportan komoditi negara dari segi perdagangan dan pembangunan pasaran, sokongan pekebun-pekebun kecil dan kebolehkesanan, ketelusan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi dalam komoditi,” ujarnya. – MalaysiaGazette