Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima buku daripada legenda ragbi dunia, Sonny Bill Williams semasa meluangkan masa menikmati makan tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat di Restoran Rebung, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 23 FEBRUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Negara di sini hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memakai baju Melayu biru muda, bersampin tiba kira-kira pukul 1.30 petang di pekarangan masjid.

Beliau diiringi Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Anwar bersama lebih 1,000 jemaah lain mendengar khutbah sebelum menunaikan solat Jumaat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tambun itu makan tengahari di sebuah restoran di Jalan Tanglin.

Dalam pada itu, Anwar turut menerima senaskah buku daripada bekas bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams. – MalaysiaGazette