JOHOR BAHRU – Polis sedang menyiasat kes merotan seekor anjing yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 22 Februari lalu, kira-kira 9.30 malam di kawasan perumahan Johor Jaya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Selain itu, Seksyen 29 (1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM20,000 atau tidak lebih daripada RM100,000 atau dipejara tidalebih tiga tahun atau kedua-duannya.

Siasatan turut melibatkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan MultiMedia 1998, yang boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara selama tempoh setahun atau kedua-duannya sekali.

Beliau turut menasihatkan ornag ramai tidak melakukan penganiayaan terhadap haiwan dan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran mengenai perlindungan terhadap haiwan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast