KUALA LUMPUR – Pelakon, Shakilla Khoriri, yang selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan dikenali sebagai Fariz di sebuah lokasi di Shah Alam, semalam memohon maaf kerana tidak dapat memberi respons mengenai pernikahannya.

Majlis pernikahan Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, diadakan Sabtu lalu secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Menerusi Instastory, pelakon itu melahirkan rasa kesal pernikahannya dihebahkan tanpa pengetahuannya semalam.

“Saya sendiri rasa kurang selesa apabila majlis ini ‘diceroboh’ orang-orang luar yang tanpa meminta izin kami untuk berkongsi dahulu tentang pernikahan ini kepada media dan wartawan sebelum majlis ini berlangsung.

“Saya akan kongsi. Saya akan jawab. Saya akan beri kerjasama tapi beri kami ruang dan masa,” katanya yang memohon maaf kerana terpaksa berbuat demikian demi anaknya.

“Ada hati kecil yang perlu saya jaga dan utamakan apabila melibatkan ahli baru dalam keluarga kami. Walaupun dia orang yang paling excited dan happy tapi saya ada tanggungjawab untuk menerangkan banyak perkara tentang hal ni pada dia.

“Dia tetap keutamaan saya dalam apa pun keadaan dan perkara. Amanah Allah pada saya. Apa saja saya taruhkan. Saya mohon maaf sekali lagi.

“Saya faham tugas dan kerja kalian tapi saya juga mohon kalian hormat dan faham situasi saya. Bagi saya ruang untuk saya rancang kehidupan baru kami,” katanya lagi.

Majlis itu dihadiri oleh rakan-rakan artis yang turut berkongsi gambar bersama pengantin di Instagram (IG).

ambar pernikahannya tersebar di media sosial.

Sebelum ini, Shakilla pernah bergelar isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Febuari 2018 dan bercerai pada Disember 2021.

Kedua-dua mereka dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofia.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast