Monday, September 30, 2024
Home Sukan United mampu kejar empat kedudukan terbaik – Ten Hag

United mampu kejar empat kedudukan terbaik – Ten Hag

Foto: Fb Erik Ten Hag
LONDON – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag yakin pasukannya masih boleh mengejar kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris walaupun tewas mengejut kepada Fulham, kelmarin.
United kini ketinggalan lapan mata kepada Aston Villa selepas Alex Iwobi menjaringkan gol dalam masa kecederaan ketika Fulham mengejutkan United 2-1.
Ia kemenangan pertama pasukan London itu di Old Trafford sejak 2003 dan hanya yang kedua dalam tempoh 61 tahun.
Sebelum ini, United tidak tewas dalam lima perlawanan liga terakhir mereka, tetapi keyakinan yang semakin meningkat di sekitar Old Trafford tercalar oleh gol Iwobi pada minit ke-97.
“Kami memenangi banyak perlawanan dan sekarang kami baru tewas sekali. Kini kami perlu mengejar kedudukan tertentu dan berharap pemain yang dilanda masalah kecederaan dapat kembali kerana kami akan lebih seimbang.
“Namun kami menuju ke arah yang betul dan kami mempunyai pemain skuad yang tersedia untuk kembali terbaik,” katanya pada sidang media.
United berada di tempat keenam dalam carta dengan 44 mata selepas 26 perlawanan, manakala Villa yang menewaskan Nottingham Forest 4-2 pada Sabtu, mempunyai 52 mata.
Kekalahan United selepas tiga hari selepas pemilik bersama baharu Jim Ratcliffe berikrar untuk menjatuhkan musuh ketat Manchester City dan Liverpool. – Agensi