Pemanasan global menyebabkan bongkah-bongkah ais di Antartika cepat cair. Foto Media sosial

ANTRAKTIKA – Antartika telah kehilangan kawasan ais yang setara dengan saiz negara Turkiye, lebih 785,000 kilometer persegi (303,090 batu persegi) sejak tiga tahun lalu

Kajian para saintis Ekspedisi Saintifik Antartika Kebangsaan Turkiye kelapan yang mengkaji kesan perubahan iklim global berkata, penurunan purata 7 meter padu (247 kaki padu) dalam kawasan 100 meter persegi (1,076 kaki persegi) litupan ais dan salji di Pulau Horseshoe antara 2022 dan 2023.

Ini bermakna pengurangan kawasan kira-kira 11%.

Para saintis memberi amaran pencairan ais yang berterusan pada kadar ini boleh menyebabkan peningkatan wap air di atmosfera dan kepekatan gas rumah hijau yang lebih tinggi, yang berpotensi mempercepatkan perubahan iklim global.

Penyelidik di kem Turkiye di Pulau Horseshoe, dilengkapi dengan stesen navigasi satelit mengesan parameter seperti wap air atmosfera dan memerhatikan pencairan yang ketara di kawasan salji/ais melalui kaedah UAV dan berasaskan satelit.

Ekspedisi Turkiye berada di bawah naungan Presiden Turki dan diselaraskan oleh Institut Penyelidikan Kutub MAM Majlis Penyelidikan Saintifik dan Teknologi Turkiye (TUBITAK), yang berpangkalan di Ankara.

Ketua Pusat Penyelidikan Kutub Turki yang pertama, Istanbul Technical University PolReC, dan penyelaras ekspedisi Turkiye, Profesor Burcu Ozsoy berkata, kehilangan ais yang ketara di Antartika yang menjejaskan kedua-dua ais laut dan glasier.

“Kami dapat menjejaki pengurangan dan perubahan glasier tahun demi tahun melalui rakaman dron, bacaan peralatan, dan stesen GNSS (navigasi satelit) yang kami sediakan di tapak penyelidikan kami di Antartika.

Menekankan bahawa data yang dikumpul selama beberapa tahun mendedahkan kerugian yang boleh diperhatikan, Ozsoy berkata: “Jika kami ukur dalam tiga tahun lepas kepada keseluruhan Antartika, kehilangan ais yang kami saksikan bersamaan dengan saiz Turkiye,” ujarnya.

Fahri Karabulut, seorang penyelidik dari Universiti Teknikal Yildiz Istanbul yang mengambil bahagian dalam ekspedisi itu melaporkan, usaha kerjasama dengan penyelidik Bulgaria yang diketuai oleh Profesor Madya Mahmut Oguz Selbesoglu bertujuan mengukur pencairan glasier Antartika.

“Sebagai tambahan kepada kehilangan kawasan sebanyak 10%, kami melihat retakan di glasier.

“Dengan mengira lebar keretakan ini, kami menentukan tahap kehilangan dan anjakan tahunan. Ini membolehkan kami memerhati dan mengukur pencairan secara visual dan numerik, menawarkan pandangan secara langsung tentang akibat pemanasan global,” tambah beliau. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast