Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Majlis Penutupan Kongress Ekonomi Bumiputera (KED) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto SYADILA AMARI, 02 MAC 2024.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertanggungjawabkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk menyediakan dana berjumlah RM1 bilion dalam membina dan melatih dan membina generasi usahawan bumiputera.

Beliau menegaskan, sudah sampai masanya GLC dan CLIC memainkan peranan yang lebih ketara hingga ke tahap mengambil alih tanggungjawab yang dahulunya digalas oleh jentera kerajaan.

Menurut Anwar, kelemahan terbesar dalam agenda bumiputera ialah mewujudkan generasi baharu usahawan bumiputera seperti yang dikemukan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 2024.

“Kita mncipta esti mampu melebih banyak usahawan bumiputera seperti Aerodyne Group yang berjaya menembusi pasaran global dalam perkhidmatan dron. Kita harus berbangga dengan kejayaan Les Copaque dan Animonsta Studios yang mengunguli industri karya kreatif.

“Begitu juga dengan usahawan muda yang ramai. Sebaik mereka ada petanda keupayaan untuk maju kita harus berikan segala dukungan seperti yang disaksikan dalam kelebihan digital baharu untuk berniaga seperti Khairul Aming,” kata Anwar

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang berlangsung selama tiga hari sejak Khamis lalu.

Dana RM1 bilion ini bertepatan dengan hasrat dan syor yang dihujahkan semasa kongres untuk mewujudkan sebuah Dana Pemacu Transformasi Bumiputera.

Anwar turut mengumukan kerjasama dengan syarikat GLIC, GLC serta badan-badan swasta terpilih yang memberi komitmen untuk melatih seramai 100,000 pelatih TVET majoritinya bumiputera dalam tempoh lima tahun.

Ini termasuk menyediakan tawaran pekerjaan dengan sasaran gaji sekurang-kurangnya RM3,500 sebulan.

Syarikat yang terlibat termasuk Petronas (industri minyak dan gas), Sime Darby (perladangan), MRCB (pembinaan), TNB (tenaga boleh diperbaharui) dan Telekom Malaysia (digital).

“Hanya melalui bekalan latihan yang cukup serta pekerjaan dengan gaji bermakna yang dapat mengubah nasib hidup golongan Bumiputera di Malaysia termasuklah mereka yang berada di desa daripada kalangan keluarga peneroka FELDA dan anak-anak nelayan.

“Maka, saya seru semua pihak untuk merangkul seluruh kekuatan dan tenaga, bagi kita mencapai sasaran untuk melatih serta menyediakan peluang pekerjaan dengan gaji setimpal kepada 100,000 pelatih,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast