KUANTAN – Seorang peserta program permotoran, RXZ Fighter Gathering Kuantan 2024, maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan berasingan hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Razlan yang mengesahkan kemalangan itu berkata, mangsa seorang peniaga pasar malam yang berasal dari Kuala Kangsar Perak maut dalam kemalangan di Kilometer 166.1 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) berhampiran Maran ketika dalam perjalanan ke Kuantan pada jam 10.55 pagi
Katanya, mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan ketika menyertai konvoi 14 penunggang motiosikal.
Tambah beliau, mangsa yang dipercayai peserta RXZ Fighter Gathering Kuantan 2024 disahkan meninggal dunia di lokasi nahas.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan dua lelaki cedera parah dalam kemalangan di Perasing, Terengganu.
Menurut Hanyan, Kedua-dua mangsa dikatakan berlumba menuju ke aktiviti permotoran berkenaan berlumba.
”Kejadian berlaku 12 tengah hari semalam di mana kedua-kedua mangsa telan mencabut brek sehingga gagal berfungsi dan mengakibatkan kemalangan,” katanya ketika dihubungi.
Tambah beliau, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Kemaman.
Hanyan berkata, pihak berkuasa tiada halangan peserta yang ingin memeriahkan acara berkenaan namun mereka perlu mematuhi undang-undang.
Sementara itu, Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal mengingatkan peserta yang berkunjung ke acara RXZ Fighter Gathering Kuantan 2024 agar menjaga keselamatan dan mematuhi peraturan jalan raya.
”Manfaatkan cuti sekolah dengan keluarga dan berpeluang kunjungi acara di Serambi Teruntum pada Ahad dengan keselamatan jalan raya.
”Saya nak menasihati yang memulakan perjalanan hormati peraturan dan pengguna jalan raya, selain akur kepada pihak berkuasa. Kalau rasa penat, berhenti segarkan diri dan baru meneruskan perjalanan.
”Ada yang datang dari jauh dari serata negeri, saya difahamkan ada dua kemalangan yang membabitka perserta acara yang dalam perjalanan ke program, justeru kami bersimpati apa yang menimpa kepada mangsa,” katanya ketika ditemui hari ini. – MalaysiaGazette
Program tak berfaedah..menggalakkan lumba haram