KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kementerian Ekonomi menganjurkan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Usahawan tani (IPR-INTAN) bagi melahirkan petani moden dalam kalangan B40 melalui ilmu perniagaan tani.
Tujuan program ini untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui pertanian berteknologi tinggi.
Bagi program ini, peserta diajar untuk menanam sayur salad hijau kerana ia mudah ditanam dan dituai di rumah.
Alumni Ijazah Sarjana Muda Sains Hortikultur UPM, Nur Anissa Mat Nordin berkata, beliau bersama-sama peserta program ini mengusahakan dua jenis salad iaitu ‘Roman Lettuce’ dan ‘Coral Green Lettuce’.
“Penanaman salad dan pokok berbuah mempunyai cara pengendalian yang. Tanaman berbuah memerlukan baja yang banyak dan pengendalian lebih berbanding sayuran berdaun yang lebih mudah cara penjagaannya,” katanya.
Tambahnya lagi, kos tanaman salad lebih rendah dan mempunyai jaminan kesegaran serta nebas bahan kimia berbahaya.
Sementara itu, seorang lagi Alumni Ijazah Sarjana Muda Sains Hortikultur UPM, Siti Mazatul Hawiyah Mohd Pu’ad berkata, penanaman salad dapat mengatasi masalah keterjaminan makanan dan memastikan penyimpanan makanan yang cukup.
“”Kelebihan menanam sayur hijau, bayangkan anda memetik sayuran di belakang rumah dan terus dimasak. Sudah tentu rasanya lebih segar dan enak berbanding sayuran yang dibeli.
“Di samping itu, anda boleh selang-seli tanaman dengan buah-buahan juga,” ujarnya. – MalaysiaGazette