KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP menyelar tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang membantah pengiktirafan bak kut teh sebagai hidangan warisan negara.
Teresa Kok (Seputeh- PH) berkata. pengiktirafan berkenaan dibuat seiring dengan usaha menarik pelancong daripada Cina daripada beberapa buah negara.
Ujarnya kemasukan ratusan ribu pelancong Cina menyumbang pendapatan negara sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.
“Pada pandangan saya, salah satu tujuan kita untuk memasukkan sesetengah makanan ke dalam senarai makanan warisan di Malaysia adalah untuk menarik pelancong asing khususnya dari Asia Timur seperti China, Jepun, Korea, Hong Kong dan lain-lain untuk melawat Malaysia mengikut.
“Terdapat lebih 100,000 pelancong dari negara China telah melawat Malaysia menjelang Tahun Baru Cina ini iaitu sejak 5 Februari.
“Saya juga rasa kecewa dengan kritikan yang dilontarkan oleh seorang pemimpin muda di dalam Kerajaan Perpaduan berkenaan isu bak kut teh yang disenaraikan sebagai makanan warisan oleh Kementerian Pelancongan.
“Malaysia juga terpaksa bersaing dengan negara-negara jiran di Asia Tenggara. Salah satu tarikan kita adalah kepelbagaian bahasa, budaya dan makanan di Malaysia. Sama seperti yee sang yang kita makan dalam Tahun Baru Cina, Bak Kut Teh juga makanan yang dicipta untuk orang Cina, kalau kita tidak buat tuntutan makanan warisan warga Cina di Malaysia, negara jiran akan buat dan pelancong asing tidak akan sedar ia berasal dari Klang,” katanya ketika Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau sebaliknya memuji tindakan Pas ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) tahun 2018 yang mengatakan bak kut teh berdasarkan kandungan daging yang digunakan dalam masakan makanan tersebut.
“Saya ingin puji Pas melalui bekas Ketua Penerangan Dewan Penerangan Pas Pusat, Dr Najihatussalehah Ahmad yang pernah perkenalkan bak kut teh halal dinamakan lamb kut teh dan chick kut teh yang menggunakan daging kambing dan ayam.
“Ia dilancarkan bersempena PRK, enam tahun lalu. Jadi saya harap pihak lain termasuk ahli Parlimen Temerloh (Salamiah Mohd Nor) yang lantang mengkritik apabila ia disenaraikan sebagai makanan warisan negara untuk belajar daripada Pas dan promosi bak kut teh untuk pupuk perpaduan nasional,” tambahnya.
Sebagai rekod pada 24 Febuari lalu, Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda Bahadin menyenaraikan 10 makanan yang diwartakan sebagai warisan .
Selain bak kut teh makanan lain yang turut tersenarai adalah burasak, mi kolok, nasi ambeng, dodol kukus tahi minyak, kuih genggang atau lapis, karas, uthappam, jeruk tuhau dan air katira.
Susulan itu, Dr Muhamad Akmal mengkritik tindakan tersebut dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memecat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang terlibat dalam membuat keputusan mengiktiraf bak kut teh sebagai hidangan warisan negara.- MalaysiaGazette
Bak Ku Teh tu makanan Cina..tidak halal..cuma org Cinq saja makan…tak kan nak namakan warisan negara? namakan lah Warisan Cina! Heran laaa…semua makanan Cina kena ada babi kaa? tak ada kah makanan Cina yg tak ada babi??
Minta MP2 DAP tanya raja2 Melayu. Adakah diantara mereka mewarisi sup babi ni dari ibu2, bapa2 mereka?