Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh kereta selepas menukar haluan secara tiba-tiba di Kampung Metola dekat Lipis hari ini.

LIPIS – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh kereta selepas menukar haluan secara tiba-tiba di Kampung Metola dekat Lipis hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Nor berkata, mangsa tidak memakai memakai topi keledar ketika kejadian dan menunggang motosikal sambil membonceng rakannya.

Mangsa, Azam Afwan Mazlan,13, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di lokasi merupakan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak.

Bagaimanapun rakannya berusia 12 tahun mengalami kecederaan dan luka di kepala, perut dan lutut kanan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang yang ditunggang mangsa bersama kawannya dan pemandu kereta dalam perjalanan daripada arah Pagar Sasak menghala ke Merapoh.

“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa kereta sedang memotong motosikal di jalan lurus, secara tiba-tiba mangsa mengubah arah dari kiri ke kanan jalan untuk masuk ke simpang di sebelah kanan jalan untuk ke Kampung Bukit,” katanya dalam kenyataan.

Azli berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda C100 yang tidak ada cukai jalan.

Tambahnya, pemandu Proton Waja pula tidak sempat untuk mengelak lalu telah melanggar motosikal dari sebelah kiri.

“Akibat daripada itu mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut,” katanya.

Kes masih dalam sisatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast