Contengan pada iklan Raja Muda Perlis

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis mengecam perbuatan vandalisme menconteng papan iklan yang memaparkan gambar Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Ketua Penerangan AMK, Leong Chee Wei berkata, tindakan itu disedari apabila gambar tersebut tular di laman sosial.

“Imej institusi diraja perlu dijaga bertepatan dengan prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau yang menyifatkannya sebagai biadab dan tidak boleh dikompromi berkata, tindakan tegas wajar diambil segera.

“Tiada toleransi hukuman yang bakal dikenakan kepada si pelaku.

“AMK Perlis menggesa pihak berkuasa untuk segera menangkap pelaku supaya tindakan yang setimpal dapat dikenakan,” tegasnya. – MalaysiaGazette