KUALA LUMPUR – Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) tidak memberikan kebenaran terhadap istiadat penganugerahan bintang dan pingat ‘Dato’ Setia Pengakap’ yang diadakan di Perlis pada 6 Mac lalu.

Menurut kenyataan PPM, pihaknya tidak pernah memberikan mandat kepada PPM Perlis untuk menganugerahkan sebarang bintang dan pingat.

“Tiada sebarang kelulusan juga diberikan kepada penerima bintang dan pingat yang disenaraikan,” katanya.

PPM berkata, tindakan boleh diambil ke atas individu-individu yang memberi dan menerima anugerah tersebut mengikut Seksyen 13 Akta Persekutan Pengakap-Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) dan jika didapati bersalah, tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 14 akta sama.

Menurut kenyataan itu, sejak penubuhannya, PPM sentiasa memberi pengiktirafan kepada individu dan kumpulan yang telah berjasa dalam kemajuan serta pembangunan kepengakapan, baik secara langsung mahupun tidak langsung di dalam dan luar negara. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast