KUALA LUMPUR – Remaja berusia 14 tahun antara tiga individu ditahan polis selepas terlibat dalam kecurian motosikal di sekitar Ampang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, pihaknya menyerbu sebuah premis disyaki terlibat dengan kes kecurian motosikal sebelum menangkap tiga lelaki berumur antara 14 hingga 59 tahun.

“Pengadu seorang lelaki Melayu membuat laporan motosikalnya jenis Yamaha 135LC telah diletakkan di kaki lima Jalan Pandan Indah namun beberapa jam ia hilang disyaki telah dicuri.

“Berdasarkan maklumat, sepasukan polis telah menahan tiga lelaki dan merampas telefon bimbit, anak kunci dan sebuah motorsikal jenis Yamaha LC135 bantu siasatan.

“Hasil ujian air kencing terhadap semua suspek didapati negatif dadah namun semakan suspek pertama mempunyai dua rekod lampau manakala dua lagi suspek tidak ada sebarang rekod,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Kata Mohd Azam lagi, modus operandi kumpulan itu adalah mencuri motorsikal yang diparkir di kaki lima kawasan rumah kedai.

“Kita sudah mohon reman semua suspek di Mahkamah Ampang selama tiga hari dan klasifikasikan kes bawah Seskyen 379A,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast