Mohammad Haikal Mahfuz dibawa anggota polis ke mahkamah atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Batu Pahat, Johor. Foto MALAYSIA GAZETTE, 24 JANUARI 2024.

BATU PAHAT –  Mahkamah Majistret Batu Pahat menetapkan 22 April depan bagi mendengar permohonan izin memindahkan kes Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang didakwa membunuh Bella atau Milla Sharmila Samsusah.

Majistret Suhaila Shafi’uddin menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid telah menerima laporan forensik berhubung kes terbabit.

Penetapan tarikh itu juga tidak mendapat sebarang bantahan daripada pihak pendakwaan dan peguam pemerhati keluarga Bella iaitu Aminatul Mardiah dan Hafidzah Hassan.

Sebelum itu, Mohammad Haikal dilihat tiba di mahkamah kira-kira jan 8 pagi dengan kawalan ketat pasukan keselamatan

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh Mila Sharmilah,32, antara Jalan Kelapa Barli, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, di Kampung Parit Besar an sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Tongkang Pechah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Kehilangan seorang ibu tunggal di Batu Pahat sebelum ini menjadi berita utama apabila mangsa dikatakan gagal dikesan keberadaannya meskipun pelbagai usaha sudah dilakukan.

Mengikut kronologi, Mila Sharmila Samsusah telah keluar dari rumah pada 14 Disember lepas bersama teman lelakinya untuk ke sebuah kedai dobi di Simpang Ranta.

Sementara itu pada 19 Januari lalu, polis mengesahkan menemui rangka manusia tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah sekaligus menjawab kehilangan wanita itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast