Himpunan Selamatkan Malaysia
Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) mencatatkan kutipan terkumpul wakaf tunai sebanyak RM39.55 juta pada tahun lalu, meningkat 54 peratus berbanding du tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sebanyak RM24.69 juta agihan telah dibelanjakan sehingga 31 Disember tahun lalu iaitu bersamaan 60 peratus daripada kutipan.

“Sebagai permulaan, ini dapat dibuktikan apabila kutipan terkumpul wakaf tunai yang dicatatkan oleh Yayasan Waqaf Malaysia sehingga 31 Disember 2021 berjumlah RM25,679,125.87,” katanya katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2024, di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata, sebanyak RM3.5 juta telah diagihkan untuk pelaksanaan 75 projek Wakaf Air di seluruh negara.

Jumlah berkenaan melibatkan 7,734 buah rumah yang telah memberi manfaat kepada 40,008 penduduk, ujarnya sambil menambah wakaf tersebut bertujuan untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada masyarakat.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) termasuk Yayasan Waqaf Malaysia perlu proaktif merealisasikan pemerkasaan wakaf di dalam negara.

Menurut beliau, terdapat empat tindakan yang perlu disegerakan kedua-dua entiti berkenaan antaranya melonjakkan potensi wakaf menjelang 2030 dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri.

Tambahnya, JAWHAR dan Yayasan Wakaf juga perlu bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri melaksanakan Wakaf Produktif atau Wakaf Ekonomi.

“Meneroka konsep Wakaf Bertempoh atau Wakaf Muaqqat sebagai sumber dana alternatif bagi membangunkan tanah-tanah wakaf di seluruh negara dengan penglibatan syarikat korporat, dana luar negara, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC), syarikat berkaitan kerajaan (GLIC) dan individu.

“Usaha pembangunan perlu memberi fokus kepada projek yang berimpak tinggi, berdaya maju dan mapan untuk meningkatkan nilai aset wakaf di seluruh negara.

“Usaha penerokaan ini meliputi sektor yang berpotensi untuk dimajukan seperti kesihatan, pendidikan, perumahan, sekuriti makanan dan pembangunan ekonomi serta komuniti.

“Mempergiat segmen pengagihan dana wakaf bagi memastikan manfaatnya dinikmati oleh masyarakat secara keseluruhan, tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Penentuan segmen hendaklah mengambil kira pendapatan mengikut kumpulan isi rumah yang ditetapkan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast