Dr. Teo Kok Seong

KUALA LUMPUR – Tindakan membuka fail siasatan polis terhadap Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong merupakan satu penghinaan  terhadap kebebasan akademik.

Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menentang sebarang tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap pandangan akademik.

Menurutnya, tindakan terhadap Kok Seong merupakan penghinaan kepada wacana intelektual serta terhadap pemikiran kritikal dan mandiri di negara ini.

“Komen Profesor Teo tentang kewujudan sekolah-sekolah vernakular, perpecahan etnik yang berkembang di masyarakat kita, dan pendapatnya bahawa sekolah vernakular mengekalkan perpecahan etnik, adalah pendapatnya.

“Jika ada yang tidak setuju, ajaklah Teo berdebat secara rasional dan kritis. Tolak pendapatnya dengan sanggah yang logik.

“Masyarakat Malaysia harus menggunakan kecerdasan mereka untuk melawan pandangan-pandangan seperti ini daripada menggunakan tindakan-tindakan yang tidak masuk akal dan membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman sesawang Gerak hari ini.

Menurut Gerak, walaupun mereka tidak setuju dengan pendapat Kok Seong namun mereka menjunjung tinggi hak ahli akademik itu untuk mengeluarkan pandangan yang berbeda.

Pihaknya, mendukung perlunya menjunjung tinggi kebebasan akademik di negara ini dan tidak membisukan pandangan yang berbeda hanya kerana alasan politik atau terdapat pihak-pihak lain tidak setuju dengan pandangan tersebut.

“Justeru, Gerak mengecam siasatan terang-terangan terhadap Prof Teo di bawah Kanunte Keseksaan (Seksyen 505) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 233),” katanya.

Gerak turut menegaskan, tindakan Kok Seong untuk menyuarakan pandangan terhadap sekolah-sekolah vernakular atau komuniti Tiong Hua secara umum adalah hak prerogatifnya sebagai seorang cendekiawan.

Hak Kok Seong untuk menyuarakan pendapat alternatif kerana beliau adalah manusia yang berfikir yang harus dirayakan dan bukan dikutuk.

“Penghormatan terhadap kebebasan akademik sangat penting untuk membangun masyarakat yang kohesif, dan masyarakat yang berpengetahuan luas serta matang secara intelektual.

“Para cendekiawan harus bebas untuk mengatakan kebenaran berdasarkan bukti empiris, atau untuk menawarkan pendapat yang didasari oleh pemikiran yang rasional, matang, dan kritis,” tegasnya.

Dalam sidang Dewan Rakyat minggu lalu, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menggesa pihak polis menyiasat Kok Seong berhubung rakaman video di TikTok yang mendakwa sekolah jenis kebangsaan Cina menyebarkan sentimen perkauman.

Dua hari lalu Menteri Dalan Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kertas siasatan telah dibuka terhadap Kok Seong.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ahli2 politik ni banyak yg bodoh…mrk tidak mampu dari segi ilmu dan kecerdasan akal utk berdebat secara ilmiah..jd caranya ialah menggunakan polis utk menutup mulut gol intelektual…supaya golongan bijak pandai ini menyokong kebodohan mereka..

Comments are closed.