Lai Yew Meng (baris pertama, 7 dari kanan) bersama kakitangan PPIB.

KOTA KINABALU – Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Team Bonding bagi meningkatkan kerjasama serta kegembiraan kakitangan.

“Anjuran ini merupakan satu kesempatan untuk warga PPIB melupakan seketika rutin harian dan mewujudkan ikatan yang lebih erat di mana kita bukan sekadar pasukan kerja, tetapi dengan kebersamaan sebagai sebuah keluarga yang harmoni.

“Kejayaan sebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada individu tetapi juga kepada kemampuan pasukan untuk bekerjasama sebagai satu entiti yang padu,” kata Dekan PPIB, Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng.

Menurut Lai, tema ‘Perpaduan dalam Kepelbagaian’ jelas menunjukkan semangat perpaduan kakitangan walaupun datang dari latar belakang yang berbeza, warga PPIB tetap bersatu untuk menyahut agenda yang dikongsi bersama.

“Semoga program ini dapat memberi impak positif yang dapat diterapkan semua dalam kehidupan seharian dan jalinan silaturrahim PPIB akan terus teguh.

“Kami memberi ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana Team Bonding PPIB dan semua yang telah menjayakan program kali,” ujar Lai menerusi kenyataan media semalam.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program itu seperti acara sukaneka bola tampar pantai, Petanque, aktiviti berkumpulan, Sambutan Hari Wanita dan hari lahir kakitangan serta cabutan bertuah. – MalaysiaGazette