KUALA LUMPUR – Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak melepaskan peluang setiap tahun untuk menyediakan iftar kepada semua mahasiswa yang memerlukan.
Timbalan Pengarah PISM, Faizah Ismail berkata, saban tahun pihak mereka memperuntukkan RM7,000 bagi menyediakan juadah iftar kepada 500 hingga 1,000 pelajar setiap hari.
Air balang yang turut disediakan untuk iftar.“Tajaan iftar tersebut adalah sumbangan warga UMT sendiri sama ada melalui infak potongan gaji bulanan, sumbangan individu dan sumbangan Pusat Tanggungjawab,” katanya.
Menurut beliau, juadah iftar disajikan berkonsepkan makan bertalam (makan dalam dulang) yang dikongsi antara empat hingga lima orang.
Faizah berkata, konsep ini adalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan walaupun ia dijanjikan ganjaran pahala berlipat ganda. – MalaysiaGazette