KUALA LUMPUR – MYStartup dengan kerjasama Growth Charger mengumumkan pemilihan kohort ketiga Program Pre-Accelerator dengan sebanyak 26 startup potensi pertumbuhan besar telah disenarai pendek daripada 136 pemohonan seluruh Malaysia.
Program yang akan berjalan selama empat bulan itu bertujuan untuk memacu kebolehpasaran produk sekali gus memupuk ekosistem startup di negara ini.
Startup yang dipilih terdiri daripada empat sektor utama iaitu teknologi hijau, kehidupan pintar, hospitaliti dan digitalisasi, termasuk penyelesaian data, Internet Pelbagai Benda (IoT) dan robotik.
Proses pemilihan bagi kohort 3 telah dibuat sejurus penutupan kohort 2 yang turut menyaksikan kejayaan beberapa startup seperti Materials In Works, Sayur Kita School, Luwjistik, Axcyn, Certiify dan lain-lain.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke dalam majlis pelancaran berkata, kejayaan ekonomi Malaysia bergantung kepada kejayaan usahawan-usahawannya.
Jumlah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) diwakili oleh hampir 98.5% daripada populasi perniagaan di negara ini dan merangkumi 66% daripada tenaga kerja.
Oleh itu, wujud keperluan mendesak untuk mempromosikan ekosistem keusahawanan yang inklusif, berkualiti tinggi dan mampan. Kami amat berbesar hati melihat startup teknologi Malaysia mendapat manfaat daripada program ini dan menjangkakan pertumbuhan yang luar biasa pada masa hadapan.
Malaysia sedang berkembang pesat sebagai pemain utama dalam sektor teknologi dan inovasi di Asia Tenggara sejajar dengan aspirasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjadikan negara ini salah sebuah daripada 20 ekosistem startup teratas
dunia menjelang 2030.”
Direka untuk startup yang berdedikasi merealisasikan konsep perniagaan mereka, Program Pre-Accelerator anjuran MYStartup menawarkan pakej yang komprehensif termasuk akses kepada rangkaian mentor, pusat-pusat inovasi dan pendedahan pasaran.
Iskandar Shafi’i, Pengarah Growth Charger pula berkata, program ini merangkumi modul pembelajaran yang strategik, sumber-sumber atas permintaan, bimbingan praktikal, ruang kolaboratif, acara-acara rangkaian dan hubungan strategik dalam ekosistem dengan matlamat untuk membantu perkembangan model perniagaan yang berdaya maju dan membuka peluang pertumbuhan.
“Program yang akan berlangsung selama empat bulan ini tertumpu kepada kebolehpasaran produk. Kami di MYStartup terus bersemangat untuk menyaksikan pencapaian luar biasa daripada 26 startup ini yang merangkumi pelbagai sektor seperti SaaS, e-dagang dan pasaran, kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin dan lain-lain.
“Matlamat kami di Rabt adalah untuk mencipta platfom cerita dan perkongsian ilmu Islam perdana, yang mana ia mampu menyediakan pengalaman pengguna terbaik dan menghubungkan pengguna dengan tokoh terkemuka dalam dunia Islam. Program ini merupakan peluang yang unik bagi kami untuk mempercepat pertumbuhan, mendapatkan pelaburan dan meluaskan jangkauan pasaran kami di Asia Tenggara, bermula dengan Malaysia,” katanya.
Program MYStartup Pre-Accelerator bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekosistem startup di Malaysia sekali gus melahirkan lebih banyak startup yang inovatif dan berdaya saing. – MalaysiaGazette