Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil pendekatan efektif menyiarkan maklumat statistik jumlah kes kemalangan jalan raya dan kematian secara real time atau masa sebenar.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan dan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, pendekatan itu diambil bagi mempertingkatkan kesedaran pengguna tentang keselamatan di atas jalan raya.

Katanya, maklumat statistik kemalangan secara harian itu akan disiarkan dengan mengambil data yang berlaku hari sebelumnya di seluruh negara.

Katanya, JSPT komited untuk mengambil langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya selain daripada pendekatan sedia ada seperti advokasi kempen keselamatan jalan raya.

“Untuk makluman, semalam sahaja sebanyak 1,999 kes kemalangan dicatatkan membabitkan 12 kematian di seluruh negara.

“Selepas ini kita akan mengeluarkan statistik kemalangan jalan raya dan angka kematian secara real time dengan mengambil data yang berlaku pada hari sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Azman, penyiaran maklumat dalam bentuk info grafik akan dimuat naik dalam laman sosial rasmi JSPT Bukit Aman seperti di Facebook, Instagram dan X bermula 15 Mac 2024 dan masa pada sebelum atau pada pukul 2 petang setiap hari, katanya dalam kenyataan hari ini.

Pendekatan baharu itu dilaksanakan selaras dengan hasil keputusan mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai kesesakan dan keselamatan jalan raya.

“Penyiaran data statistik kemalangan dan kematian di atas jalan raya kepada masyarakat umum adalah sebagai langkah meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna serta orang ramai mengenai betapa seriusnya kes kemalangan jalan raya yang berlaku setiap hari.

Tambahnya, PDRM menyeru kepada semua pengguna jalan raya untuk sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Kerjasama daripada orang ramai diharap dapat meningkatkan lagi kesedaran ke atas kepentingan menjaga keselamatan dan mengurangkan kadar kemalangan di negara ini,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast