ohari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR – UMNO masih belum membuat sebarang perancangan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, masih banyak lagi masa untuk UMNO membuat persiapan.

“Lambat lagi, lambat lagi. Lambat lagi. 2025 jauh lagi,” kata Johari kepada media dalam sidang akhbar selepas melancarkan program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai Sempena Ikhlas Ramadan Bersama Gas Petronas di Bazar Ramadan Desa Pandan hari ini.

Beliau ditanya mengenai kesediaan Parti Warisan menjalin kerjasama dengan UMNO dalam PRN demi kepentingan rakyat di Sabah .

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kesediaan itu berdasarkan pengalaman beliau yang pernah menganggotai UMNO selama 29 tahun sebelum digantung keahlian pada Julai 2016 dan meninggalkan parti itu 10 hari kemudian.

“Kerjasama ini untuk memastikan supaya setiap pentadbiran akan datang menjurus ke arah fokus memastikan Sabah dan pembelaan terhadap rakyat negeri itu menjadi keutamaan.

“Kita fleksibel, yang penting harus ada sikap tanggunjawab pihak pemerintah untuk memastikan dalam kepimpinan yang ada, keutamaan mesti di Sabah,” katanya pada sidang media di Parlimen baru-baru ini.

Bekas Menteri dalam Kabinet Persekutuan yang juga bekas Ketua Menteri Sabah itu ditanya sama ada Warisan sudah memuktamadkan keputusan untuk menjalin kerjasama dengan UMNO bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka tahun ini.

Januari lalu, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan parti itu dan Warisan sedang bekerjasama bagi menghadapi PRN negeri berkenaan, namun pengumuman rasmi akan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast