Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk mencalonan kampung tradisi sebagai Tapak Warisan Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) adalah di bawah penyelarasan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, cadangan pencalonan kampung tradisi tersebut merupakan inisiatif International Council on Monuments and Sites (ICOMOS) Malaysia.

“Pertubuhan profesional yang berfungsi untuk pemuliharaan dan perlindungan tempat warisan budaya di seluruh negara.

“Bagi tujuan ini, ICOMOS Malaysia telah menubuhkan New Village Working Group (NVWG) pada Mac 2021 yang terdiri daripada tujuh ahli ICOMOS Malaysia dan tujuh pakar dalam pelbagai bidang,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Kor Ming berkata demikian menjawab soalan lisan daripada Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) yang ingin tahu apakah asas dan kriteria yang digunakan untuk mencalonkan sesebuah kampung tradisi sebagai tapak warisan dunia di bawah UNESCO.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, terdapat lima kriteria yang digunakan oleh NVWG  seperti yang ditetapkan oleh UNESCO bagi warisan budaya.

Antaranya lokasi tersebut perlu menggambarkan karya genius kreatif manusia, lokasi tersebut mesti mempamerkan suatu perubahan yang penting dalam nilai kemanusiaan, dalam suatu tempoh masa atau dalam sesuatu kawasan budaya di dunia, lokasi tersebut mesti mempamerkan suatu perubahan yang penting dalam nilai kemanusiaan, dalam suatu tempoh masa atau dalam sesuatu kawasan budaya di dunia.

Malah lokasi perlu merupakan contoh yang luar biasa seperti jenis bangunan, seni bina dan keseluruhan teknologi, perlu menjadi contoh yang baik sebuah penempatan tradisional manusia dan terakhir lokasi itu hendaklah secara langsung berkaitan dengan peristiwa-peristiwa atau tradisi hidup, idea-idea. – MalaysiaGazette