Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi pegawai penjara ketika hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 14 FEBRUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer diingatkan supaya tidak mempertikaikan ‘layanan istimewa’ Datuk Seri Najib Razak yang tidak digari dan berpakaian suit apabila dibawa ke mahkamah.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengganggap ia tidak perlu dipersoal kerana Najib adalah bekas pemimpin negara.

ahmad fadhli shaari
Ahmad Fadhli Shaari

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dari Perikatan Nasional (PN) itu berpandangan tidak perlulah diungkit hal-hal sedemikian.

“Beliau (Najib) merupakan bekas pemimpin negara dan perlu diingat bekas Perdana Menteri mempunyai hak untuk diiring bersama pengawal keselamatan tersendiri.

“Seingat saya, dulu Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu dipenjara pun ketika dibawa ke mahkamah tidak digari, bahkan berpakaian kemeja kemas dan sekali-sekala berkot tanpa tali leher. Tiada siapa yang pertikaikan pun.

“Tidak perlulah dendam begitu sekali kepada Najib, beliau sedang menjalani hukumannya, biarlah beliau diadili dengan baik dan jangan lupakan statusnya sebagai bekas Perdana Menteri,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam Rayer di Dewan Rakyat mempersoalkan kenapa Najib menerima layanan berbeza daripada pihak penjara dan polis ketika ke mahkamah.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer

Beliau merujuk kenapa Najib tidak digari ketika ke mahkamah dan juga lengkap dengan pakaian berkot sedangkan banduan lain menerima layanan berbeza. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.