Keadaan kereta yang melanggar seorang lelaki di Jalan Johor Bahru - Seremban (Yong Peng) lewat malam tadi.

BATU PAHAT – Seorang pejalan kaki maut apabila dilanggar sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 58 tahun dalam kejadian di Jalan Johor Bahru – Seremban (Yong Peng) pada jam 10.40 malam tadi.

Ketua Polis Balai Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata, lelaki yang maut itu merupakan warga asing berusia antara 20 hingga 30-an itu.

Mangsa dikatakan secara tiba-tiba berada di tengah-tengah jalan sebelum dilanggar wanita berkenaan yang datang dari arah Labis ke arah Yong Peng.

“Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian,” katanya hari ini.

Kes disiasat dibawah Sek 41(1) APJ 1987.

Ismail berkata, usaha giat dijalankan bagi mengesan majikan/waris simati. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast