KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tingkatan empat ditemukan mati selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sekolah di Sungai Buloh, semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat melalui MERS999 daripada seorang lelaki berhubung kejadian itu pada jam 11.26 pagi.
“Kami menerima panggilan mengatakan terdapat seorang pelajar perempuan tingkatan empat yang terjatuh dari bangunan sekolah itu.
“Sebaik sahaja menerima laporan, sekumpulan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh telah bergegas ke tempat kejadian.
“Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah head injury due to fall from height,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu kertas siasatan sudden death report telah dibuka berhubung kejadian itu. – MalaysiaGazette