Nor Hisham.

BUTTERWORTH – Semua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diwajibkan menggunakan peranti pengapungan peribadi (PFD) semasa aktiviti menyelenggara dan menguji bot jabatan berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, prosedur operasi standard (SOP) kegiatan di air itu dikemas kini serta merta selepas pihaknya menerima laporan siasatan dalaman berhubung kematian anggotanya yang lemas semasa melakukan penyelenggaraan bot pada bulan lalu.

Jelas beliau, laporan daripada jawatan kuasa siasatan yang diterima pihaknya mendapati insiden itu disahkan akibat kemalangan.

“Lanjutan daripada hasil siasatan itu, kita dapati tiga SOP yang kita guna pakai untuk pengoperasian di air dan juga menggunakan bot perlu tambah baik.

“Satu SOP kita kekalkan tapi dua lagi perlu ditambah baik khususnya elemen pemakaian PFD sebab dalam penyelenggaraan tidak dinyatakan.

Nor Hisham menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 dan Sijil Perkhidmatan 30 tahun kepada warga JBPM Pulau Pinang di Butterworth hari ini.

“Sebelum ini, mereka (anggota) yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan semasa banjir saja diwajibkan memakai PFD jadi elemen itu kini turut diwajibkan ketika anggota menggunakan bot serta berada di air,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 dan Penyampaian Sijil Perkhidmatan 30 tahun JBPM Pulau Pinang di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Laporan anggota bomba lemas siap dua minggu lagi – Nor Hisham

Mayat anggota bomba lemas ditemui selepas 19 jam pencarian

Media pada 22 Februari lalu melaporkan Mohd Izwan, 42, dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Perai dekat sini, selepas selesai melakukan tugas memeriksa bot pada jam 10.10 malam.

Mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat selepas 19 jam pencarian.

Menurut nor hisham, kes tersebut merupakan pertama seumpanya yang berlaku di jabatan itu, manakala 11 kematian lemas anggotanya berlaku semasa menjalani operasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast