Foto: PDRM

SEREMBAN – Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan, di sini, tengah hari tadi.

Kemalangan pada kira-kira 1 tengah hari itu menyebabkan Koperal Mohd Nadzri Ibrahim, 38, dari cawangan pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jempo,l Supt Hoo Chang Hook berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke tempat bertugas di IPD Jempol sebelum motosikalnya berlanggar dengan sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun yang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu anggota tersebut cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoo berkata, pemandu treler terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan permohonan reman akan dilakukan esok. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast