KUALA LUMPUR – Ekoran kenyataannya mengenai ‘kafir’ yang diambil di luar konteks dan tular di media sosial – Menteri Pendidikan hari ini membuat laporan polis mengenainya.
“Sesuatu berlaku hari ini. Ujaran kebencian, tuduhan tidak benar, malah ancaman keselamatan diterima di alam maya. Laporan polis telah pun dibuat, atas faktor keselamatan,” kata Fhadlina Sidek dalam hantaran media sosialnya.
Menurut beliau, atas nasihat pasukan peguam, kesemua bukti daripada hantaran, komentar, dan mesej peribadi di media sosial yang pelbagai sedang dikumpulkan dan tindakan undang-undang akan diambil.
“Mungkin ada yang memang bertindak dengan sengaja, ada pula bertindak melulu atas kejahilan. Allah Maha Mengetahui,” katanya.
Beliau juga memuatnaik salinan laporan polis yang dibuat oleh setiausaha politiknya di Sarawak.
Ia ekoran kenyataan Fadhlina yang diedit mengenai ‘perkataan kafir pun saya haramkan di rumah, saya tak ajar anak saya sebut kafir’.
Ia menyebabkan Menteri Pendidikan menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen dan pelapor bimbang keselamatan Fadhlina kerana isu itu akan menjadi isu 3R. – MalaysiaGazette
Menteri pasola.masuk balik kelas agama.perkataan kafir tu dah termaktub di dalam Al-Quran.Apa hukumannya menolak/mempersendakannya!!!?.
Labu isu Di putar belit Dan Di edit. bila datang sesuatu berita maka hendah lah kau selidik dulu atas kebenaran nya.
semua ayat balas dari netizen adalah benar mengenai perkataan kafir …..soalan nya yg pertama2 sekali…..benarkah menteri cakap macam tu….pastikah kita…kalau tak pasti kongsilah pendapat dengan ilmiah…bukan terdapat sentimen kebencian …ntah2 lain yg di tulis
walaun akan ambil kesempatan politik.