Tay Sze Tuck (berdiri tengah) ketika meraikan media semasa majlis berbuka puasa baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Nippon Paint Malaysia berada pada kedudukan yang strategik untuk memenuhi keperluan sektor pembinaan yang berkembang melalui penyelesaian salutan dan pembinaan total (TCCS) melalui perkongsian dengan Selleys, Vital Technical Sdn. Bhd. (V-tech), dan CMI Construction Material Industry Sdn. Bhd. (CMI), pemain tempatan utama dalam industri.

Pengurus Besar Nippon Paint, Tay Sze Tuck berkata, keyakinan ini berdasarkan
jenama pengeluar cat ini mempunyai rantaian bekalan yang menawarkan rangkaian bahan yang komprehensif.

Menurutnya, sektor pembinaan kini mempunyai kedudukan penting dalam ekonomi Malaysia, sekali gus dan pemacu penting pengembangan ekonomi.

Sektor ini dianggarkan bernilai RM181 bilion pada tahun ini, dengan unjuran purata kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 8.55% dari 2024 hingga 2029.

Bahkan, inisiatif kerajaan untuk memajukan projek infrastruktur utama, seperti lapangan terbang, kereta api dan pelabuhan, ditujukan ke arah meningkatkan kebolehcapaian dan ketersambungan.

Selain itu, pelaburan awam dijangka meningkat sebanyak +3.9% setiap tahun, dengan purata RM83 bilion setahun.

Menurutnya, TCCS memenuhi pelbagai jenis projek, termasuk pembangunan kediaman, perindustrian dan komersial.

Nippon Paint menawarkan rantaian rangkaian kepakaran dan bahan yang komprehensif dari kosong hingga kemasan, seperti penyelesaian drymix, sealant, penyelesaian pelekat dan pengisi (SAF), penyelesaian kalis air, penyelesaian lantai, salutan pelindung dan salutan seni bina dalammemastikan kecekapan, ketepatan masa dan gangguan minimum dalam jadual pembinaan.

TCCS seterusnya memenuhi pelbagai jenis projek, termasuk pembangunan kediaman, perindustrian dan komersial.

“Kepelbagaian ini bukan sahaja mempamerkan kepelbagaian Nippon Paint tetapi juga menekankan kebolehsesuaian kami kepada segmen pasaran yang berbeza.

“Dengan rekod kejayaan merentas pelbagai jenis projek ini, TCCS Nippon Paint mempunyai masa depan kukuh, bersedia untuk terus memberikan hasil yang luar biasa dan memenuhi keperluan pelanggan kami yang berkembang dalam setiap sektor,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam memasuki peringkat kedua pengembangan TCCS, tumpuan Nippon Pain masih kekal kepada memahami trend dan keperluan pembinaan yang berkembang.

“Mengutamakan piawaian keselamatan dan pematuhan dalam persekitaran industri, selain meningkatkan lagi estetika dan ketahanan dinding, menangani kebimbangan struktur seperti keretakan dengan kepakaran. Penyelesaian seperti campuran kering, yang disesuaikan untuk sambungan IBS, memastikan ketepatan di tapak.

“Selain itu, penyelesaian kalis air bagi menyediakan ketahanan lebi lama terhadap kerosakan air. Digabungkan dengan penyelesaian lantai yang boleh dipercayai dan pengedap kalis api, bangunan perindustrian dan struktur mendapat perlindungan tambahan terhadap bahaya,” ujarnya.

Selain itu, Nippon Paint turut memperluas perkhidmatan ke pelbagai pasaran seperti minyak dan gas, infrastruktur, kuasa dan pembuatan peralatan asli (OEM), menyediakan salutan perlindungan terhadap kakisan dan cabaran alam sekitar. – MalaysiaGazette