Dr. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Rakyat tidak akan lupa angkuhnya ucapan Rafizi Ramli semasa pelancaran ‘ Ayuh Malaysia’ pada tahun 2022, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Kata Rafizi ketika itu: “Paling kurang aku ada formula, ini kau menteri berlambak, satu formula pun tak ada. Otak letak dekat mana?”.

Kenyataan itu dibuat oleh Rafizi bagi membalas semua sindiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggelarnya ‘raja formula songsang’.

Menurut Rafizi UMNO mempunyai ramai menteri tetapi tiada formula untuk menyelesaikan isu rakyat.

Masalahnya, dakwa Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, formula Rafizi berniat janji kosong, keyakinan palsu dan bertujuan untuk menipu rakyat.

Sekarang ini, katanya, Rafizi sudah diberi kuasa dan jadi menteri.

“Terbukti semua formula itu tidak praktikal. Baru kita tahu dia letak otak dekat mana,” ujar Puad. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Rakyat Malaysia tetap yakin dgn idea Dan cetusan fikiran YB Rafizi akan berjaya dan berhasil dalam jangkamasa panjang.
    Mantan YB yg tua mungkin kurang memahami konsep ekonomi yg dicetuskan oleh YB Rafizi.

    • yb rafizi kaki kencing, formula semua tak berguna untuk rakyat.. semebul jadi menteri nampak bijak tapi bila dah jadi menteri macam tak cerdik pula otak nya.. mana pergi semua formula2 dia? skrgh cukai semua naik, harga barang naik, dulu bukan main mengata orang, skrg dah jadi menteri lagi teruk jadinya..

Comments are closed.