Anjing pengesan K9 melakukan pencarian dua mangsa yang hilang dihanyutkan arus deras akibat kepala air di sebuah sungai di Kota Perdana, Seri Kembangan. Foto WAN NABIL NASIR, 01 APRIL 2024.

SERDANG – Mayat mangsa kedua dalam kejadian empat beradik sekeluarga yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air di sungai Kota Perdana Seri Kembangan semalam berjaya ditemukan hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan yang mengesahkan  penemuan mayat seorang wanita sekitar jam 12.17 tengah hari tadi di lombong D’Island berhampiran Taman Lacattage, Putra Perdana.

“Mayat wanita dewasa itu dijumpai  lebih kurang 10 kilometer dari tempat asal kejadian berlaku,” ujar beliau.

Tambahnya,  suami simati mengesahkan identiti mangsa.

Operasi kini terus dipergiatkan untuk mencari anak bongsunya yang masih hilang,” ujarnya. – MalaysiaGazette