Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mendengar penerangan ketika melancarkan Majlis Demonstrasi Penggunaan Mobile Hydrogen Refueling Unit dan Kenderaan Berkuasa Hidrogen di Tapak Mobile Hydrogen Refuelling Unit Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Putrajaya. Foto SYADILA AMARI, 01 APRIL 2024

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan minat terhadap kenderaan yang menggunakan hidrogen, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Beliau berkata, kenderaan yang menggunakan hidrogen lebih senyap daripada kenderaan biasa.

“PM nampak berminat, rasa sangat menarik. Tanggapan pertama PM kata kereta ini sangat senyap, dan banyak bertanya mengenai ekosistem hidrogen,” katanya dalam sidang media hari ini.

Anwar mencuba kenderaan hidrogen Toyota Mirai selepas merasmikan majlis demonstrasi penggunaan Mobile Hydrogen Refueling Unit dan Kenderaan Berkuasa Hidrogen di Tapak Mobile Hydrogen Refuelling Unit Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, hari ini.

Perbualan itu dibuat Anwar bersama Lih Kang dalam perjalanan pulang ke pejabatnya di Putrajaya Perdana.

Bagaimanapun Lih Kang berkata, Anwar dan beliau tidak dapat berbincang dengan lebih lanjut mengenai kenderaan tersebut disebabkan jarak yang dekat.

“Tapi beliau memang sedar tentang perkembangan ekosistem hidrogen di dalam negara kita,” katanya lagi.

Ditanya mengenai sasaran pasaran bagi kenderaan ini, Lih Kang berkata kerajaan berpendapat pihaknya perlu mewujudkan faktor pasaran dan permintaan terlebih dahulu kerana ia adalah ekosistem yang baharu hendak diperkenalkan di negara ini.

“Kita perlu meningkatkan dari segi permintaan, penggunaan dan penjanaan hidrogen hijau.

“Sasaran kita pada 2030 Malaysia boleh mendapat manfaat daripada ekonomi hidrogen yang boleh mencecah RM12 bilion.

“Ini juga adaah satu sasaran untuk kita capai menjelang 2050, dimana negara boleh capai sifar karbon,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast