Klip video Aliff Syukri sekali lagi mencetuskan kontroversi.

KUALA LUMPUR – Teaser muzik video hari raya Datuk Seri Aliff Syukri bukan content (kandungan) di luar kotak tetapi content tidak ada otak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr. Muhammad Akmal Saleh yang sebelum ini menggerakkan kempen memboikot KK Mart menyeru umat Islam untuk turut memulaukan produk keluaran usahawan sensasi tersebut.

Menurut Dr. Muhammad Akmal, teaser video tersebut tidak sensitif terhadap kemuliaan bulan Ramadan.

“Saya baru tengok video Datuk Aliff Syukri. Tak tahu nak tengok siapa. Sotong atau cacing pun kita tak tahu. Apa yang tergedik-gedik duduk di atas meja menari? Saya rasa ini adalah amat-amat tidak sensitif di kala bulan Ramadan ini.

“Ini bukan kali pertama sudah banyak kali. Datuk Aliff buat malah pada tahun 2022 telah didakwa di mahkamah dan kes itu masih lagi berjalan hingga ke hari ini atas kesalahan sama.

“Takkanlah setiap tahun nak buat nak minta maaf, tak boleh jaga ke sensitiviti umat Islam di kala bulan Ramadan ini,” soal beliau.

Dr. Muhammad Akmal berkata, tidak ada mana-mana pihak yang mahu menghalang Aliff Syukri untuk membuat dan mengeluarkan video lagu hari raya.

Namun katanya, tindakan Aliff Syukri membenarkan penari lelaki berpakaian mencolok mata dan menari tanpa ada perasaan segan silu seolah-olah tidak menghormati kemuliaan bulan Ramadan.

“Nak keluarkan video, nak keluarkan lagu, keluarlah. Tapi janganlah keluarkan video yang sakit hati dan sakit mata orang tengok. Langsung tak jaga sensitiviti dengan pakaian yang begitu. Yang menari nak kata sotong ke, cacing ke kita pun tak tahu,” kata beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu turut mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menyekat video Aliff Syukri di semua platform dalam talian.

Beliau turut menggesa tindakan undang-undang yang keras di ambil terhadap usahawan sensasi berkenaan.

“Kita minta semua rakyat Malaysia boikot KK Mart atas tidak jaga sensitiviti umat Islam di negara ini, sama juga kita minta seluruh umat islam untuk kita beri pengajaran keras kita boikot segala produk yang dikeluarkan oleh Datuk Aliff Syukri.

“Cukup-cukuplah ini bukan soal kamu nak jadikan konten, atau konten di luar kotak, ini adalah konten yang tak ada otak. Kita beri pengajaran keras kita boikot biar dia tahu bagaimana kemarahan orang Malaysia ini,” katanya.

Aliff Syukri semalam membuat permohonan maaf selepas ditegur secara terbuka oleh ibunya, Bonda Rozita.

Menerusi video dikongsikan di Instagram, Aliff berkata dia telah pun memadam teaser muzik video berkenaan dan turut memohon maaf andainya video tersebut dianggap keterlaluan.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. DAP dan MCA tak nak pertahankan Alif Syukri kaaa? Wah kalau bab KK Mart bukan mai lantang lagi..rasis sungguh

  2. kita sudah ada raja boikot sekarang . harap semua berhati2 dalam cara kehidupan seharian .

Comments are closed.