Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Mesyuarat Kabinet hari ini langsung tidak menyentuh berhubung dakwaan Datuk Seri Najib Razak tentang wujud titah adendum dalam pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya beliau menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

“Tidak dibincangkan dalam mesyuarat (Jemaah Menteri) hari ini,” kata jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadziyang juga Menteri Komunikasi dalam sidang media pasca mesyuarat mingguan tersebut.

Najib hari ini memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman titah adendum atau tambahan titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Mahkamah Tinggi di sini, pada 1 April lalu, menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri ( Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail), Komisioner Jeneral Penjara (Datuk Nordin Muhamad), Peguam Negara (Datuk Seri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh), Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.

Dalam notis permohonan yang dimuat turun melalui sistem carian mahkamah, Najib memohon perintah untuk semua atau seorang responden melaksanakan titah Al-Sultan Abdullah dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya. – MalaysiaGazette