Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang menambah 4,000 baucar petrol dan diesel untuk Program Nak Balik Beraya Ke Pahang pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,000 baucar.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, pemberian tambahan itu dilakukan berikutan sambutan memberansangkan daripada anak Pahang yang merantau untuk pulang ke negeri itu.

“Program kelolaan di bawah Sekretariat Perantau Anak Pahang mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sehingga perlu memilih 1,000 terawal yang mendaftar.

“Hari ini Tokwan (Wan Rosdy) maklumkan tambahan 4,000 orang anak Pahang akan terima baucar minyak petrol dan diesel,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Difahamkan sehingga kini lebih 22,000 anak Pahang yang merantau telah berdaftar membuat permohonan.

Wan Rosdy berkata, Jawatankuasa Sekretariat Perantau Anak Pahang akan menguruskan pemberian baucar kepada  penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Pada Ahad lalu, beliau telah menyampaikan 1,000 baucar petrol dan diesel pada majlis Penyerahan Baucar Nak Balik Beraya Ke Pahang di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast