Hadis 40 Imam Nawawi

KUALA LUMPUR – Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan diperluaskan di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bermula sesi persekolahan 2024/2025.

Menurut KPM, hadis tersebut akan diajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kolej Vokasional dan Kolej Matrikulasi.

“Inisiatif yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim ini melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi
pendidikan KPM yang beragama Islam,” katanya dalam kenyataan.

Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi telah dilaksanakan di 61 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 185 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Menengah dan 43 SABK Rendah.

Ia melibatkan seramai 12,673 orang guru dan 120,489 orang murid menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang.

Inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi juga tersenarai dalam Pembangunan Pelan Strategik KPM Bagi Tempoh 2024-2030.

Inisiatif tersebut adalah cerminan komitmen besar KPM untuk
memartabatkan syiar Islam dan dalam masa yang sama melahirkan modal insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast