Majlis Perbandaran Temerloh berjaya mendapat pengiktirafan 'The Longest Iftar Line 2024' di Laluan Esplanade sepanjang 2168 meter yang tercatat dalam Malaysia Book of Records.

TEMERLOH – Pastinya anak kelahiran Temerloh berbangga apabila Ramadan kali ini mencatatkan sejarah tersendiri kepada daerah itu.

Lebih mengujakan aktiviti berbuka puasa secara beramai-ramai secara santai di Espalanade di situ menjadi pusat tarikan pelancongan itu mendapat pengktirafan.

Ini kerana Bandar Ikan Patin itu berjaya mendapat pengiktirafan The Longest Iftar Line 2024 di Laluan Esplanade sepanjang 2, 168 meter yang terletak di tebing Sungai Pahang.

Justeru Majlis Perbandaran Temerloh berjaya mendapat pengiktirafan dan rekod tersebut berjaya dicatat menerusi Malaysia Book of Records semalam.

Selain Esplanade Temerloh, Padang Majlis Bandaraya 1 berhadapan Masjid Sultan Ahmad 1 di Kuantan juga merupakan lokasi tumpuan ramai untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast