Mohd Na'im Mokhtar

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pihak terbabit dengan logo kasut yang didakwa seakan mirip kalimah Allah, esok bagi mendapatkan penjelasan lanjut, kata

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang mengarahkan Jakim berbuat demikian berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu diminta menyalurkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Semua pihak adalah dipohon untuk bertenang dan memberikan ruang kepada Jakim dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terhahulu, tular rakaman video di laman media sosial yang memaparkan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah.

Pelayar Facebook, Mohd Haridz yang membeli sepasang kasut buat isteri mendedahkan terdapat seakan perkataan Allah pada tapaknya.

Malah Mohd Haridz turut mendakwa kalimah Allah pada tapak kasut itu jelas dan tidak menyangka perbuatan tersebut dilakukan oleh pembuat kasut berkenaan.

Menurut Mohd Na’im, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghina agama Islam. – MalaysiaGazette