TEMERLOH – Kira-kira 5,000 orang bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Shah di Temerloh, pagi tadi.
Baginda berdua diiringi oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan tiba di perkarangan masjid pada jam 8.25 pagi.
Solat sunat Aidilfitri diimamkan oleh Imam Besar Ahmad Hakim Shamsudin, manakala khutbah dibacakan oleh Mufti Pahang, Prof. Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim.
Sejurus selesai menunaikan solat, baginda berkenan mengurniakan duit raya kepada kanak-kanak sebelum berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Lurah Semantan, di Temerloh – MalaysiaGazette