Antara koleksi emas dipamerkan Kedai Emas SMS Deen Jewellers menerusi Kerlipan Raya 2024 di Masjid India..

KUALA LUMPUR – Sambutan Ramadan dan Syawal oleh umat Islam dimeriahkan dengan promosi barang kemas koleksi Sakeena ‘Kerlipan Raya 2024.

Tawaran istimewa daripada Kedai Emas SMS Deen Jewellers dan cawangannya di seluruh negara itu sekaligus menarik perhatian para peminat barang kemas.

Sambutan Ramadan dan Syawal sememangnya telah digunakan sebaik-sebaiknya untuk mengerumuni setiap kedai emas di ibu negara khususnya di Masjid India.

Antara Koleksi emas yang dipamerkan kedai emas SMS Deen Jewellers menerusi Kerlipan Raya 2024 di Masjid India Ibu negara kali ini.

Para kakitangan di premis kedai emas tidak menang tangan melayan pelanggan yang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif SMS Deen Jewellers, Mohamad Shaifudeen Mohamed Sirajudeen berkata, pada awal Ramadan, pihaknya memperkenalkan Koleksi Sakeena Kerlipan Raya 2024 khusus kepada peminat emas.

“Antara barang kemas yang kami memperkenalkan dan tawarkan pada sambutan Aidilfitri kali ini adalah koleksi cincin, rantai tangan dan subang selian barang-barang yang serba fusion.

“Kesemua koleksi terbaharu itu diperkenalkan kepada pelanggan kami dengan berinspirasikan emas dari Itali dan Turki.

“Kami juga memberikan tawaran upah serendah RM6 setiap gram untuk gelang dan rantai tangan yang terpilih dan koleksi tanpa upah di cawangan-cawangan kami seluruh negara,’ katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Ditanya tentang sambutan daripada orang ramai khususnya pada bulan Ramadan, Mohamad Shaifudeen berkata, pada awal Ramadan iaitu pertengahan bulan Mac lalu, kehadiran pelanggan khsusunya penggemar emas sangat berkurangan.

Katanya, beliau sememangnya telah menjangkakan situasi itu yang mana pelanggannya sangat kurang disebabkan oleh permulaan semester baharu sesi sekolah 2024/25.

“Justeru satu lagi sebab yang saya lihat ketika itu adalah kenaikan harga emas mendadak di pasaran yang menjadi faktor kehadiran pelanggan yang kurang meyakinkan.

“Namun saya terkejut apabila sejak seminggu yang lepas. Alhamdulillah kami mula nampak pelanggan secara konsisten dan kehadiran mereka meningkat khususnya penggemar emas.

Antara koleksi emas yang dipamerkan kedai emas SMS Deen Jewellers menerusi Kerlipan Raya 2024 di Masjid India.

“Pelanggan termasuk penggemar emas mula menyedari kenaikan harga emas yang dianggap memanfaatkan mereka jika beli dan simpan.

“Maka mereka mula datang menyerbu premis kami membeli untuk Hari Raya Aidilfitri, majlis-majlis berikutan raya seperti kenduri kahwin dan majlis pertunangan yang menjadikan koleksi emas satu kemestian untuk golongan wanita,” ujarnya lagi.

Malah, katanya, rata-rata ramai dalam kalangan pelanggannya berpendapat harga emas kebarangkalian akan terus meningkat, jadi mereka juga mula membeli.

“Di sini saya melihat kebijaksanaan mereka dalam membaca nilai pasaran emas dan manfaat sekiranya mereka membeli, jadi mereka menggunakan peluang kenaikan harga emas itu untuk membeli dan menyimpan emas itu.

“Promosi yang diperkenalkan sejak bulan Ramadan mulia kali ini akan berakhir pada 14 April iaitu pada hujung minggu Ahad ini.

“Saya menjangkakan, kehadiran pelanggan khususnya penggemar emas akan lebih ramai ke premis untuk membeli emas nanti dan SMS Deen Jewellers mengalu-alukan pelanggan pengemar emas dengan hati terbuka untuk memanfaatkan tawaran Aidilfitri ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast