KUALA LUMPUR, 11 April--Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika menziarahi pesakit sempena Hari Raya Aidilfitri di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini. Turut hadir, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad-fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk menambahbaik kemudahan yang terdapat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jaminan itu diberikan selepas Anwar dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa pada Hari Raya Aidilfitri kedua melawat pesakit dan petugas di hospital tersebut.

Anwar berkata, kemudahan yang uzur akan diperbaiki dengan kadar segera bagi keselesaan pesakit dan petugas di HKL.

“Bersama Azizah hari ini menziarahi pesakit-pesakit di Hospital Kuala Lumpur, selain staf dan kakitangan yang terus berkhidmat meski di musim lebaran.

“Alhamdulillah, saya turut memberi sumbangan kepada pesakit di wad kelas tiga dan kakitangan HKL yang bertugas.

“Saya turut manfaatkan kesempatan ini untuk meninjau keadaan infrastruktur dan fasiliti di HKL dan memberi jaminan bahawa Kerajaan Madani akan memberi perhatian utama dalam menambah baik kemudahan yang mendesak dalam kadar segera.,” kata beliau.

KUALA LUMPUR, 11 April–Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika menziarahi pesakit sempena Hari Raya Aidilfitri di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini. Turut hadir, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad –fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Anwar turut melahirkan penghargaan setingginya kepada seluruh warga HKL dan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) atas pengorbanan dan sumbangan berterusan demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

“Perayaan eid-ul fitr sesungguhnya mengetuk pintu nurani kita untuk tingkatkan sikap kasih dan beringat kepada yang lain, terutamanya yang sakit dan yang hidup melarat,” kata Anwar dalam perkongsian di media sosial.

KUALA LUMPUR, 11 April–Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika menziarahi pesakit sempena Hari Raya Aidilfitri di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini. Turut hadir, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.-fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Turut kelihatan dalam lawatan tersebut adalah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Pengarah HKL Datin Paduka Dr Rohana Johan.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast