Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beramah mesra bersama tetamu pada majlis Rumah Terbuka Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 11 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengunjungi Rumah Terbuka Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul di kediaman rasminya di Bukit Tunku tengah hari ini.

Perdana Menteri bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengenakan pakaian tradisi baju Melayu dan kurung serba kuning sedondon meluangkan masa lebih 20 minit menjamu selera.

Perdana Menteri sempat bertegur sapa dan bersalaman dengan tetamu rumah terbuka termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Wong Chen.

Hadir sama Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr.

Terdahulu Johari menemani Perdana Menteri dan isteri menjamu selera hidangan Hari Raya Aidilfitri.

Johari sempat berseloroh dengan Perdana Menteri dengan mengatakan juadah “ubi kayu” merupakan hidangan istimewa rumah terbuka beliau pada tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast