Mohammad Sollehin Mohamad Tajie
Mohammad Sollehin Mohamad Tajie

KUALA LUMPUR – Lebih baik Naib Presiden DAP, Nga Kor Ming tutup mulut dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengeruhkan keadaan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie yang sependapat dengan pandangan ketuanya, Dr Muhamamd Akmal berkata, isu boikot bukan perkara baharu.

“Semasa Kerajaan Barisan Nasional menerajui negara satu ketika dahulu ekonomi tetap berkembang baik walupun boikot tetap dilaksanakan,” katanya.

Peliknya, kata beliau, ketika Kor Ming di dalam kerajaan 22 bulan, tanpa sebarang boikot ekonomi negara terus merudum.

Jadi sempena bulan Syawal ini lebih baik Kor Ming tutup mulut daripada menunjukkan bukti ketidakcerdikan beliau.

Semalam, Kor Ming mendakwa pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Meskipun tidak menyebut sesiapa, tetapi Dr Akmal telah melancarkan boikot KK Mart selepas pasar raya itu menjual stoking tertera kalimah Allah. – MalaysiaGazette

“Sebab ada menteri bodoh, ekonomi jadi teruk” – Dr Akmal