Koordinasi gempa yangh berlaku di Utara Laut Maluku di Indonesia pada pukul 12.41 tengah malam tadi.

 

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berlaku di Utara Laut Maluku di Indonesia pada pukul 12.41 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gegaran bermagnitud 5.3 itu berlaku pada koordinat 1.9° Utara dan 126.4° Timur.

Ia dikesan pada jarak 145 kilometer (km) di Timur dari Bitung, Indonesia dengan kedalaman 10 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette