KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas tertimbus di dalam tanah sedalam 20 kaki ketika mengali di Masjid Kampung Gelam Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan lewat petang semalam.
Operasi menyelamat diketuai oleh Adnan Mat Juri bermula sebaik sahaja bomba menerima panggilan jam 5.54 petang.
Setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati mangsa yang disahkan sebagai Mohamad Khairul Jeffry Maarof, 23, tertimbus dalam telaga.
Anggota bomba menggunakan bantuan jengkaut untuk membawa mangsa keluar.
Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 9.15 malam dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis. – MalaysiaGazette