KUANTAN – Negara pernah berhadapan isu harga beras mahal dan melihat ada lambakan makanan asasi itu dibuang sudah pasti ia ‘menyakitkan’ mata kita.
Di media sosial hari ini tular ada lambakan beras, sardin, tepung dan teh dibuang begitu sahaja di satu lokasi yang belum dikenal pasti.
Ada netizen mendakwa ia berlaku di Kuala Krau dekat sini namun ia belum dapat dipastikan.
Insiden tersebut tular selepas dimuatnaik dalam media sosial Facebook di mana lambakan beras tersebut telah dibakar dan lokasinya dikatakan berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum.
Selain itu menurut sumber, besar kemungkinan beras tersebut disimpan terlalu lama sehingga melepasi tarikh luput.
Bagaimanapun sehingga kini masih tiada sebarang pengakuan dibuat oleh mana-mana pihak berhubung insiden tersebut. – MalaysiaGazette