Razali Kassim melawat pameran sempena Majlis Perasmian Penutup Karnival Kekal Sihat Negeri Pahang Dan 3rd Advanced Wound Healing Conference 2024 di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan

KUANTAN – Seramai 303,347 orang, kira-kira 30 peratus penduduk Pahang, mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr. Rusdi Abd Rahman berkata, hampir separuh daripada mereka iaitu 148,521 tidak tahu bahawa mereka mempunyai masalah berkenaan.

”Masih ramai penduduk di Pahang tidak tahu bahawa mereka telah menghidap penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

”Berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Temerloh menjadi daerah paling banyak merekodkan kes darah tinggi manakala Bentong mencatatkan kes teringgi kencing manis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Kekal Sihat Negeri Pahang Dan 3rd Advanced Wound Healing Conference 2024 di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan, di sini, hari ini.

Tambah Dr. Rusdi, statistik juga menunjukkan 26 peratus ataupun 262,249 orang dikesan mempunyai paras gula yang tinggi dan 165,213 orang tidak pernah memeriksa dan  mengetahui bahawa mereka mempunyai masalah tersebut.

Mereka berisiko mendapat komplikasi penyakit tersebut seperti kerosakan mata, buah pinggang dan serangan jantung ekoran kelewatan dalam pengesanan penyakit, ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast