KUALA LUMPUR – Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan pada 3.17 petang tadi.

Bekas Ketua Polis Negara itu dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, bersebelahan dengan pusara anaknya, arwah Ahmad Jamal Omar yang meninggal dunia pada 2013.

Terdahulu jenazah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara selepas dibawa daripada kediamannya di Shah Alam pagi tadi.

Turut hadir mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham sebentar tadi adalah anaknya Kapten Abdul Rahmat Omar; Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri dan Ayob Khan Mydin Pitchay.

Mohammed Hanif meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi.

Beliau merupakan sosok bekas KPN yang amat berjasa dan banyak terlibat dalam peristiwa penting negara ketika memegang jawatan Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara (18 Mei 1969) berkaitan insiden 13 Mei.

Beliau turut terlibar bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pada Persidangan Manila berhubung penubuhan MAPHILINDO pada tahun 1963 sekain dan menjadi wakil Kerajaan Malaysia dalam Perjanjian Damai yang dimeterai antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember 1989 di Haadyai, Thailand. – MalaysiaGazette