Badrul Hisham Shaharin
Badrulhisham Shaharin atau dikenali sebagai ‘Chegubard’.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menafikan dakwaan para pegawainya sudah muak dengan kerajaan sekarang.

SKMM menafikan dakwaan yang dikatakan melibatkan tiga individu iaitu Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo).

Pihak telah membuat laporan polis pada 19 April lalu berdasarkan kandungan yang dimuat naik oleh ketiga-tiga individu berkenaan di platform media sosial pada 17 April lalu.

“Pada masa sama, ada antara tiga individu tersebut telah memfitnah SKMM dengan menyatakan pegawai-pegawai yang terlibat dalam rakaman percakapan sudah muak dengan kerajaan semasa serta bertanya bila kerajaan akan bertukar.

“Sebagai sebuah badan berkanun, SKMM melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya,” kata dalam kenyataan.

SKMM menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk melakukan siasatan.

Penyebaran kandungan tidak benar dengan niat menganggu pihak lain adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50, 000 atau penjara atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette